Thursday, July 11, 2013

kebaikan Utama Kulit Pokok Catuaba

Catuaba (disebut ka-twa-BAH) (Erythroxylum Catuaba) adalah pokok berbunga kecil yang tumbuh di hutan Amazon. Kulit pokok Catuaba cukup terkenal di Brazil kerana keberkesanan nya dalam rawatan fisiologi dan psikologi. Puak orang india tupi disana mengunakan nya untuk melegakan kesakitan, meningkatkan daya ingatan, libido, mengurangkan kemurungan dan perasaan berdebar serta mengembalikan tenaga dalaman mereka secara semulajadi.

Berbeza pula di Paraguay, Daun pokok Catuaba dikatakan lebih berkhasiat dan mujarat dalam kesihatan. Daun-daun yang terpilih dijadikan teh. Rasa teh ini seperti green tea dengan sedikit rasa manis amat baik untuk kesihatan kerana tiada kafein. Berikut adalah antara kebaikan kulit pokok Catuaba

Fungsi Penyegaran Fisiologi yang Semulajadi
Catuaba boleh menyegarkan dan membaiki fungsi fisiologi lelaki dalam linkungan umur pertengahan. Ia juga boleh mencegah pelbagai penyakit yang mudah berlaku semasa proses menopause lelaki dan wanita. Selain itu ia dapat mengembalikan kecergasan bagi mereka yang sudah berumur.

Menggalakan Penyembuhan
Ia juga boleh merawat masalah rasa gelisah,mudah lupa dan demensia. Mereka yang mengamalkan herba ini berasa lebih tenang dan bertenaga. Catuaba juga bertindak sebagai perangsang sistem saraf dan membantu mengatasi masalah kemurungan amat sesuai bagi pesakit Insomenia.

Tiada unsur-usur Toksik
Kelebihan pokok Catuaba ia tidak mengandungi sebarang unsur toksik seperti aromatik,tanin dan alkaloid. Justeru itu tiada kesan sampingan kepada pengguna.

Sebatian anti-bakteria
Para penyelidik di Jepun mendapati kulit pokok Catuaba juga mempunyai sebatian anti-bakteria. Dalam kajian mereka, tikus yang telah disuntik dos E.Coli pada kadar yang tinggi,mampu bebas dari sebarang jangkitan bakteria.

Sebatian antiviral
Penyelidik di Jepun juga mendapati Catuaba mengandungi antiviral. Kajian menunjukkan bahawa ia boleh melawan virus HIV. Keputusan kajian telah mendapati bahawa tikus yang disuntik virus HIV dapat dilindungi oleh Catuaba.






No comments:

Post a Comment