Wednesday, July 10, 2013

Kebaikan Horny Goat & Tribulus didalam Catuaba

Kandungan utama Catuaba Nourishing Essence adalah 100% herba. Herba-herba yang terkandung selain kulit kayu pokok Catuaba telah dikupas dalam post yang lepas. Jika belum membaca boleh rujuk herba utama produk catuaba.

Horny Goat atau nama saintifiknya Epimedium Sagittatum telah lama dikenal memiliki banyak khasiat. Tanaman bernama unik digunakan untuk membangkitkan gairah seksual, meningkatkan fungsi ereksi dan menghilangkan keletihan. Ia juga mampu meningkatkan testosteron dan aliran darah sehingga menambah kenikmatan seksual dan stamina. Selain itu, Horny Goat juga membantu menguatkan fungsi buah pinggang, kaki tangan kebas, rheumatisme, penambahan air mani, merawat kencing malam dan juga untuk merawat masalah kesuburan/kemandulan.


Herba Tribulus Terrestris atau dipanggil “puncture vine” ialah tumbuhan yang telah lama dipraktikkan oleh masyarakat di seluruh dunia untuk merawat pelbagai penyakit. Tribulus Terrestris secara popularnya didakwa berfungsi untuk memperbaiki seksual manusia. Di Eropah, herba Tribulus Terrestris telah digunakan dalam perubatan. Dalam sejarah Greek, ianya digunakan secara meluas untuk mengubati keadaan seperti sakit kepala, gangguan saraf, sembelit dan disfungsi seksual. Di China dan India pula, Tribulus Terrestris digunakan untuk penawar hati, buah pinggang, urinari dan kardiovaskular.

Nilai khasiat Tribulus Terrestris yang tinggi telah membawa banyak kebaikan dalam bidang perubatan tradisional dan moden. Antara kegunaan dan kebaikan Tribulus Terrestris adalah:

  • Sebagai diuretik yang tidak miang dan urinari antiseptik. Digunakan untuk disurea, sakit batu karang dan kencing tidak lawas.
  • Digunakan dalam pelbagai formula herba untuk mengubati sakit kepala, masalah mata seperti gatal-gatal, konjunktivitis (radang pada membran mata), lemah penglihatan dan kegelisahan. Ianya digunakan untuk mengubati darah tinggi dan sakit tulang rusuk.
  • Kesan hormon pengimbang dalam Tribulus Terrestris untuk wanita ialah herba ini sesuai untuk sindrom premenstrual dan sindrom menopausal.
  • Mengandungi sterols seperti betasitosterol atau stigma. Bahan ini melindungi prostat daripada membengkak dan dalam kombinasi dengan X steroidal saponins, melindungi prostat daripada kanser.
  • Digunakan dalam kes mati pucuk dan spermaturia kerana ianya membantu untuk meningkatkan luteinising hormone(LH) memperbaiki pensistensisan hormon testikular seks lelaki. Jadi, ianya merupakan pembangkit syahwat secara semulajadi.
  • Kegunaan tradisional Tribulus Trerrestris telah ditemui efektif dalam gout.

No comments:

Post a Comment